Welcome

Blog ini diwujudkan sebagai kedai maya saya. Ada pelbagai produk dan servis akan disediakan. Sila lihat lain-lain post ya (^_^)V
Sambil2 tu, saya nak menulis cerita2 sikit, dan tutorial juga. Di kesempatan yang ada nanti, saya akan post cerita2 pasal masakan dan kraf saya

no. pendaftaran : CT0031715-T

my email : 9w2whi@gmail.com
fb: Wawa-Shoppe
alamat perniagaan : Taman Jaya 3, 28000 Temerloh, Pahang
call @ wassap : 012-954 8634

p/s: jika ada kerosakan pada bungkusan anda (koyak @ terbuka) sewaktu penerimaan barang, tolong jangan terima bungkusan berkenaan dan ambil gambar segera sebagai bukti. Tidak kira service apa yang diguna, sila pulangkan kembali kepada service provider berkenaan dan inform saya semula.
Assalamualaikum....

Maaf... sy sudah tidak dapat membuka meja di sini dah...

→ plaza lurah semantan, temerloh

Tetapi tidak bermakna saya tidak dapat dicari. Masih boleh cari saya untuk topup @ simkad onexox....

Telefon @ wassap @ telegram sy di 012 9548 634

Senarai Perkhidmatan

01) ICT
02) Pets
03) Telco

JOM JIMAT!!! MODAL HANYA RM10 SHJ!

JOM JIMAT!!! MODAL HANYA RM10 SHJ!
jimat, onexox, cuba dulu, tak rugi pun

JIMAT DGN MODAL SERENDAH RM10!!!

Sunday, January 31, 2016

[share] Contoh Teks Pengerusi Majlis

Majlis : Menghargai AJK KRT

1)
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

2)
Bismillah....
Assalamualaikum & selamat malam. Sebagai membuka majlis, eloklah kita mulakan dengan ummul kitab, Al-Fatihah

3)
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjat syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan syukur dan limpah kurniaNya, maka kita diberi kelapangan waktu untuk bersama-sama berkumpul di XYZ bagi Majlis xyz ini.

4)
Ke Pekan Kuala membeli bingka
Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah yang indah

5)
Kuntum melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

6)
Sayang selasih berisi minyak
Bunga cengkih di atas jerami
Terima kasih banyak-banyak
Sudi datng ke majlis kami

yang berusaha : en. xyz, Peg. xyz
yang dihormati : en. xyz
yang dirai : AJK2 KRT xyz
serta para hadirin yang dimuliakan. Selamat datang ke Majlis xyz

7)
Sarang ketupat berisi inti
Di bawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis bertambah seri

8)
Anak monyet anak kera
Anak singa bernama Tahim
Sambil berkumpul beramah mesra
Mempereratkan lagi silaturrahim

9)
Tujuan majlis ini, bukan sahaja untuk majlis makan-makan. Ia juga menjadi medan terakhir bagi kita untuk beramah mesra sesama kita, demi mempereratkan silaturrahim antara satu sama lain, setelah berpenat lelah dengan penglibatan dalam pelbagai aktviti yang dianjurkan sepanjang tahun 2015.

Ucapan 1
=======
10)
Hadirin yang dimuliskan.
Tak molek jika ada alu, tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung, tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan yang berbahagia En. xyz, Pengerusi KRT xyz
ke pentas untuk menitipkan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. xyz, Pengerusi KRT
di atas ucapan itu tadi.

Ucapan 2
=======
11)
Hadirin yang dihormati,

Pergi ke kota membeli selasih
Sayang si dara buat halwa
Berilah kata simpulan kasih
Sulamkan mesra satukan jiwa

Meneruskan bingkisan, majlis dengan hormatnya mempersilakan yang berusaha En. xyz, Pegawai xyz
untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada En. xyz, Pegawai xyz
di atas ucapan itu tadi.

Cenderamata
==========
12)
Acara majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata.
Dijemput, En. xyz, Pengerusi xyz
untuk menyempurnakan majlis.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan En. xyz, Pegawai xyz ke pentas untuk menerima cenderamata.
Seterusnya dipersilakan Tuan xyz, JPP xyz
dan akhir sekali Hj. xyz, JKK xyz

Penutup
======
13)
Dengan berkhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah Majlis xyz untuk kali ini.

14)
Dari Kedah ke Pekan Sari
Beli suasa di Kota Tinggi
Selesai sudah tugas diberi
Di lain masa bersua lagi

15)
Bunga dedap di atas para
Anak dusun pasnga pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

16)
Kalau tuan dekat cemara
Buatlah bara bakar selasih
Sudilah tuan menjamu selera
Hidangan mesra pengikat kasih

17)
Sebelum itu, saya mewakili semua AJK Majlis xyz memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam majlis ini
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan kami sendiri

18)
Sekian sahaja, sala, hormat
wa billahit Taufiq wal Hidayah Wassamu Alaikum wa Rahmatullahi wa barakatuh
Hadirin hadirat dipersilakan menjamu selera.

PERKARA
BUTIRAN
CATATAN
Ketibaan tetamu


Bacaan doa


Jemput makan


Ucapan aluan pengerusi majlis


Ucapan wakil


Penyampaian cenderemata


Penutup


Sunday, November 29, 2015

[tuto] Brownies Cake


sumber : fb

Bahan-bahan :

300g butter /mentega 
300g chocolate masakan
6 biji telor ayam - pukul sedikit
80g serbuk koko
350g gula perang
2 sudu kecil esen vanilla
100g tepung gandum- ayak 2 kali
1 cawan kacang ( walnut/ macadamia / pecan) yg telah di panggang 10minit dan dicincang

Cara-cara :

Cairkan butter.. pastu masukkan serbuk koko.. guna whisk je senang.. x yah guna mesin pemukul ya.. kacau sebati.. tutup api.. masuk dalam mangkuk.. campur kan ngan gula perang.. kacau rata..
Masukkan telor sikit2.. kacau rata....tepung gandum..masukkan esen vanilla.. kacau rata..
Bekas yg lain.. cairkan coklat masakkan dgn cara double boil.. pastu curah kat adunan tadi..
Masukkan kacang yg dipanggang .. kaup balik sampai rata.. terus masuk loyang yg telah di griss butter ..kalau rajin buh tepung skit kat loyang tu lepas griss butter.. In sha Allah x melekat
NOTA LUTUT :: Kalau ada budget lebih.. bole tabur chocolate chip di atas adunan tu sebelum korang bakar.. (mir tabur sikit sebab kebetulan ada kat rumah)
Mir guna loyang 10x10 inci..
Bakar suhu 150'c selama 60 minit.. tapi mir bakar 75minit bg garing skit atas dia..bergantung pada oven korang..
Sejukkan sebentar baru hidang.. bole tabur coklat cair kalau nak..tapi coklat kat umah mir dah habis.. mir makan mcm tu je..
NOTA KAKI :: Tip mir utk yg baru belajar : 

1-Jangan pukul over sgt ya sebab dia guna tepung sikit je.. nanti kek u ols mendap kat tengah..
2 - bole taruk serbuk kopi skit..dalam adunan tu tapi umah mir takde kopi..
3- kalau korang lagi kaya.. bole makan ngan aiskrim.. 

Thursday, November 26, 2015

[tuto] No Bake Strawberry Chocolate Tart Recipe

[tuto] Potato Fritters

source : fb

Bahan-bahan :
==========

3 biji kentang (sagat halus)
4 sdm tpung jagung
3 sdm tpung gandum
1 biji telur
Daun bawang
Serbuk Lada sulah
Garam
Minyak masak (utk mgoreng)


Cara-caranya :
===========

~ satukan kentang yg telah dsagat dgn tepung jagung, tpung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, ajinamoto...
~ gaul sebati
~ panaskan minyak masak....
~ sudukan dan goreng agak2 leper.... balik2 kan...tunggu sampai masak... angkat....siap
~ Sedap dimakan bersama sos

# resepi asal noraida durani

[tuto] Sosej Ayam Berkeju dan Sosej Ayam Sayur Berkeju

source : fb
resepi : Anita Daniel's Kitchen


Bahan-bahan :
===========

300gm -> Daging ayam bahagian dada / mana2 bahagian tanpa tulang 
1 -> biji bawang besar
2 -> ulas bawang putih
2 -> biji telur
2 -> Sudu mayonnaise
lada hitam (optional)
serbuk lada putih (optional)
cheese (optional) ...Sya Isi mozarella cheese dgn cheddar cheese
serbuk oregano / thyme / rosemary (optional)
carrot 1 batang potong kecil Dan blender halus
Brokoli blender halus....anggaran
Bunga kobis @ cauliflower potong Dan blender halus...anggaran
tepung ubi 2 sudu
garam secubit atau secukup rasa
plastik wrap / aluminium foil / daun kunyit / daun pisang – boleh guna plastik aiskrim juga.



Cara-caranya :
==========

-> kisar daging ayam bersama bawang, bawang putih, lada hitam dan carrot. guna food processor mudah, kalau tak ada food processor's bole guna blender sedikit demi sedikit.
-> Masukkan kedalam mangkuk.
-> tambahkan garam, telur,mayonnaise,serbuk lada putih dan tepung. Gaul sebati.
-> bentukkan bulat dan leperkan. isi cheese di atasnya.
-> Yg sayur sayuran pula resepi Sama jugak hanya tambah sayuran slepas blender ayam masukkan sayuran tadi Dan gulung bole isi cheese ..amat sesuai utk Anak yg tidak mkn sayur
-> Gulung menggunakan plastik wrap / aluminium foil / daun kunyit/ daun pisang. Ikat kedua2 hujung dengan benang / getah. – dan masukkan sikit2 adunan sampai separuh plastik, padat2kan dan ikat.
-> Jika bungkus menggunakan aluminum foil / daun boleh terus rebus atau kukus. 
-> Jika guna plastik wrap bekukan dahulu 4 jam atau semalamam untuk dapatkan bentuk sosej tu. Bila dah beku, buka plastik tadi baru rebus / kukus. * Jangan rebus dengan plastik untuk mengelakkan bahan kimia pada plastik tu memudaratkan kita pulak. SAya suka kukus kerana ingin mengekalkan rasa manis Daging ayam
-> Dah siap rebus/kukus boleh simpan dalam freezer. Bila2 nak makan bolehlah goreng atau bakar. Memang senang & sedap. Tanpa pengawet yang memudaratkan. Kalau tak nak letak cheese pun boleh, gulung je terus.




[tuto] Cheesy Wedges ala KFC



Bahan Potato Wedges
---------------------------

Kentang
Garam
Pati Ayam
Tepung gandum
Serbuk Lada Hitam

Bahan Sos Cheesy
-----------------------

Butter -> 3-4 sudu makan
Susu segar / susu cair -> 250ml
Tepung gandum -> 2 sudu
Pati ayam -> 1 kiub
Cheesedale (ikut suka brand) -> 6 keping
sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
sedikit pewarna kuning untuk menambah warna pada cheese sos


Cara buat :
-------------

1. Rebus kentang dalam air panas selama 2 minit. Jgn masak lama nanti kentang akan lembik bila digoreng. 
- Potong kentang berbentuk wedges seperti potongan kentang KFC. Nak buang kulit pun boleh xnak buang kulit pun bole. Tak buang kulit lagi sedap dan ranggup.
2. Angkat dan toskan kentang yang telah direbus tadi. Biarkan sejuk seketika. 
- Kemudian,gaulkan garam dan pati ayam bersama kentang 
- Lepas tu salut kentang dengan tepung gandum dan lada hitam (tepung dan Lada hitam digaul bersama)
3. Panaskan minyak dalam kuali. Minyak mestilah boleh menenggelamkan kentang-kentang itu nanti. 
- Goreng wedges tadi dalam kuali sehingga warna agak keperangan dan angkat.
4. Sementara itu, buatkan sos cheesy pula. 
- Panaskan butter hingga cair, masukkan susu, tepung gandum, dan kacau sentiasa sehingga tepung sebati. 
- Masukkan pula kepingan chesse, kiub pati ayam dan serbuk lada. Boleh masukkan sedikit pewarna jika anda mahu. 
- Kacau sebati hingga masak.sos jgn terlalu pekat atau terlalu cair. Bole disimpan dlm peti sejuk didalm bekas yg bertutup rapat.
5. Hidangkan potato wedges tadi dengan sos cheesy bersama dengan mayonis.

[info] Tips Jadi Kaya

source : fb

Sumber tulisan asal : WM Syamzari
Nak merasa jadi orang kaya ? 
Boleh cuba amalkan tips mudah di bawah ni :
1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.
2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.
3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.
4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.
5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.
6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.
7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.
8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.
9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.
10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.
Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.
Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?