1)
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
2)
Bismillah....
Assalamualaikum & selamat malam. Sebagai membuka majlis, eloklah kita mulakan dengan ummul kitab, Al-Fatihah
3)
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjat syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan syukur dan limpah kurniaNya, maka kita diberi kelapangan waktu untuk bersama-sama berkumpul di XYZ bagi Majlis xyz ini.
4)
Ke Pekan Kuala membeli bingka
Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah yang indah
5)
Kuntum melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua
6)
Sayang selasih berisi minyak
Bunga cengkih di atas jerami
Terima kasih banyak-banyak
Sudi datng ke majlis kami
yang berusaha : en. xyz, Peg. xyz
yang dihormati : en. xyz
yang dirai : AJK2 KRT xyz
serta para hadirin yang dimuliakan. Selamat datang ke Majlis xyz
7)
Sarang ketupat berisi inti
Di bawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis bertambah seri
8)
Anak monyet anak kera
Anak singa bernama Tahim
Sambil berkumpul beramah mesra
Mempereratkan lagi silaturrahim
9)
Tujuan majlis ini, bukan sahaja untuk majlis makan-makan. Ia juga menjadi medan terakhir bagi kita untuk beramah mesra sesama kita, demi mempereratkan silaturrahim antara satu sama lain, setelah berpenat lelah dengan penglibatan dalam pelbagai aktviti yang dianjurkan sepanjang tahun 2015.
Ucapan 1
=======
10)
Hadirin yang dimuliskan.
Tak molek jika ada alu, tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung, tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
Memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan yang berbahagia En. xyz, Pengerusi KRT xyz
ke pentas untuk menitipkan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. xyz, Pengerusi KRT
di atas ucapan itu tadi.
Ucapan 2
=======
11)
Hadirin yang dihormati,
Pergi ke kota membeli selasih
Sayang si dara buat halwa
Berilah kata simpulan kasih
Sulamkan mesra satukan jiwa
Meneruskan bingkisan, majlis dengan hormatnya mempersilakan yang berusaha En. xyz, Pegawai xyz
untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada En. xyz, Pegawai xyz
di atas ucapan itu tadi.
Cenderamata
==========
12)
Acara majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata.
Dijemput, En. xyz, Pengerusi xyz
untuk menyempurnakan majlis.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan En. xyz, Pegawai xyz ke pentas untuk menerima cenderamata.
Seterusnya dipersilakan Tuan xyz, JPP xyz
dan akhir sekali Hj. xyz, JKK xyz
Penutup
======
13)
Dengan berkhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah Majlis xyz untuk kali ini.
14)
Dari Kedah ke Pekan Sari
Beli suasa di Kota Tinggi
Selesai sudah tugas diberi
Di lain masa bersua lagi
15)
Bunga dedap di atas para
Anak dusun pasnga pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta
16)
Kalau tuan dekat cemara
Buatlah bara bakar selasih
Sudilah tuan menjamu selera
Hidangan mesra pengikat kasih
17)
Sebelum itu, saya mewakili semua AJK Majlis xyz memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam majlis ini
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan kami sendiri
18)
Sekian sahaja, sala, hormat
wa billahit Taufiq wal Hidayah Wassamu Alaikum wa Rahmatullahi wa barakatuh
Hadirin hadirat dipersilakan menjamu selera.
PERKARA
|
BUTIRAN
|
CATATAN
|
Ketibaan tetamu
|
|
|
Bacaan doa
|
|
|
Jemput makan
|
|
|
Ucapan aluan pengerusi majlis
|
|
|
Ucapan wakil
|
|
|
Penyampaian cenderemata
|
|
|
Penutup
|
|
|
No comments:
Post a Comment