Welcome

Blog ini diwujudkan sebagai kedai maya saya. Ada pelbagai produk dan servis akan disediakan. Sila lihat lain-lain post ya (^_^)V
Sambil2 tu, saya nak menulis cerita2 sikit, dan tutorial juga. Di kesempatan yang ada nanti, saya akan post cerita2 pasal masakan dan kraf saya

no. pendaftaran : CT0031715-T

my email : 9w2whi@gmail.com
fb: Wawa-Shoppe
alamat perniagaan : Taman Jaya 3, 28000 Temerloh, Pahang
call @ wassap : 012-954 8634

p/s: jika ada kerosakan pada bungkusan anda (koyak @ terbuka) sewaktu penerimaan barang, tolong jangan terima bungkusan berkenaan dan ambil gambar segera sebagai bukti. Tidak kira service apa yang diguna, sila pulangkan kembali kepada service provider berkenaan dan inform saya semula.
Assalamualaikum....

Maaf... sy sudah tidak dapat membuka meja di sini dah...

→ plaza lurah semantan, temerloh

Tetapi tidak bermakna saya tidak dapat dicari. Masih boleh cari saya untuk topup @ simkad onexox....

Telefon @ wassap @ telegram sy di 012 9548 634

Senarai Perkhidmatan

01) ICT
02) Pets
03) Telco

JOM JIMAT!!! MODAL HANYA RM10 SHJ!

JOM JIMAT!!! MODAL HANYA RM10 SHJ!
jimat, onexox, cuba dulu, tak rugi pun

JIMAT DGN MODAL SERENDAH RM10!!!

Tuesday, February 2, 2016

[share] Buat Baja Kompos

source : fb Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.

APA ITU KOMPOS ?
================
Kompos ialah bahan yg terhasil dari proses pereputan bahan organik (daun-daun, rumput kering, sisa makanan yg tidak berminyak, berlemak dan bukan daging, dsbnya). Kompos adalah makan yg baik utk tumbuhan. Selain dari itu, kompos dapat membaiki tanah dari tidak subur menjadi subur.
Mengapa sy mengompos ?
1. Untuk kegunaan tanaman
2. Utk mengurangkan jumlah sampah yg dibuang kedalam tong sampah.
3. Memelihara alam sekitar dan kearah pertanian secara organik.
Ada beberapa cara untuk membuat kompos.
1. Kompos cara biasa yang menggunakan daun2 kering dan sisa tanaman dan sayuran.
2. Kompos bokashi, biasanya dibuat menggunakan sisa makanan dan sisa dapur, dibuat dalam bekas dan menghasilkan jus bokashi ( air sisa yg juga dipanggil leachate).
3. Kompos menggunakan cacing (vermicompost).
Di mana saya membuat kompos ?
1. Dihalaman rumah, teres, dalam pasu, dikawasan yg tidak dibasahi hujan.
2. Di dapur rumah saya.
KOMPOS BIASA
Kompos ini mereput dengan bantuan bakteria, dan juga dengan bantuan ulat BSF (black soldier fly) dan serangga2 lain.
Anda perlukan :
1. Pasu/bekas polisterin/baldi/kotak plastik. Tak perlu ada lubang. Jika guna pasu yg ada lubang juga boleh, tiada masalah.
2. Bahan kering (unsur karbon). Contoh : daun kering, rumput yg dipotong, daun serai/lalang, kertas suratkhabar/kadbod yg dipotong kecil, serbuk kopi/teh beserta uncangnya, dan sebagainya.
3. Bahan basah (unsur nitrogen). Contohnya : sisa sayur/buahan, sisa nasi, sisa makanan yg tidak berminyak dan sisa tanaman yg masih hijau.
4. Gula merah, sedikit baja tahi ayam/kambing dan tanah, yakult, EM, air beras, air kelapa. (bahan2 ni hanya optional, kalau takdak pun tak apa, kalau ada lebih baik dan sangat baik).
Cara membuat
1. Menggunakan pasu/kotak/bekas/tong.
Isi bhg bawah tong dgn tanah, sekitar 2 inci. Kemudian masukkan sisa dapur/ makanan kedalamnya. Selang selikan susunan bahan basah dan bahan kering dlm tong dgn tanah, gula merah, tahi ayam dan bahagian atas sekali adalah tanah. Siram dgn air biasa atau air beras. Tak boleh terlampau basah, jika terlampau basah, campurkan tanah atau cocopeat. Tong tidak perlu ditutup, kerana proses pereputan lebih cepat berlaku bila ada udara. Namun begitu, ada juga kompos jenis ini dibuat dalam tong bertutup, tapi ditebuk lubang2 di dinding dan lantai tong.
Boleh siap dalam jangkamasa 6 hingga 8 minggu.
2. Longgokan.
Bagi anda yg ada kawasan, kompos lebih mudah dibuat. Hanya perlu longgokkan bahan2 seperti yg disebutkan di atas disatu kawasan. Seeloknya longgokan besar, bersaiz paling kurang 2 meter persegi dan 1 meter tinggi. Lebih besar longgokan lebih baik. Tapi saiz tu agak2 je la. Tak payah lah pakai tali inci ukur pulak.... Untuk mengelakkan kompos terlalu basah, boleh tutup kompos dgn plastik. Jangan pi tutup dgn kain. Basahler kalau lena hujan...Kompos yang suhunya panas cepat mereput.
Kompoa yang sejuk gedi lambat reput. Macamana nak tau kompos tu sejuk atau panas ? Mudah saja. Masukkan tangan anda ketengah2 longgokan kompos. Akan terasa panas. Tapi kalau tangan anda melecur jangan pm saya ya.
Kompos cara longgok ini boleh siap dalam jangkamasa 3 bulan.
Kelebihan :
Mudah. Tong boleh diisi sehingga penuh secara beransur2. Tidak berbau busuk. Perlu dibalikkan sekali sekala saja. Seronok pulak melihat tong yg asalnya penuh, susut hingga separuh, tanda kompos sedang mereput.
Cara longgokan juga mudah. Main campak campak saja pun dah cukup. Kalau anda mau kompos longgok ni cepat reput, rajin2la gaul dan terbalikkan daun2, 4 @ 5 hari sekali. Saya dah merasa buat dan saya dah tak mau buat. Sakit badan buat kerja tu....
Kekurangan :
Bagi yg penggeli, anda mungkin tak suka cara ini. Kompos ini akan penuh dgn ulat bsf (black soldier fly), yg memang tugasnya menguraikan kompos. Ulat ini akan mati sendiri apabila kompos siap.
Untuk menambah perisa dan keluatan baja kompos ini, anda boleh tambahkan bahan2 tertentu yg kaya dgn unsur2 tertentu yg diperlukan oleh tanaman. Antaranya :
1. Kulit pisang
2. Kulit bawang
3. Kulit telur yg dihancurkan
4. Daun kacang kelor
5. Batang pisang cincang
6. Rebung cincang

[share] Doa Untuk Mata Rabun



Kali ini saya ingin berkongsi doa-doa yang diambil dari ayat-ayat di dalam al-Quran sebagai kaedah perubatan. Lagi mujarab jika tuan badan sendiri yang mengamalkannya.

Sejarah :
=======
Kisah Nabi Yakub a.s yang menangis sehingga buta apabila kehilangan Nabi Yusuf, anak kesayangannya. Disebabkan menangis hingga hilang penglihatannya. Allah mengembalikan balik penglihatan Nabi Yakub.

KAEDAH 1
==========

Membacakan selawat syifa' dan ulang pada ayat bergaris sebanyak 7x.
Sesudah baca sapu pada mata.