Welcome

Blog ini diwujudkan sebagai kedai maya saya. Ada pelbagai produk dan servis akan disediakan. Sila lihat lain-lain post ya (^_^)V
Sambil2 tu, saya nak menulis cerita2 sikit, dan tutorial juga. Di kesempatan yang ada nanti, saya akan post cerita2 pasal masakan dan kraf saya

no. pendaftaran : CT0031715-T

my email : 9w2whi@gmail.com
fb: Wawa-Shoppe
alamat perniagaan : Taman Jaya 3, 28000 Temerloh, Pahang
call @ wassap : 012-954 8634

p/s: jika ada kerosakan pada bungkusan anda (koyak @ terbuka) sewaktu penerimaan barang, tolong jangan terima bungkusan berkenaan dan ambil gambar segera sebagai bukti. Tidak kira service apa yang diguna, sila pulangkan kembali kepada service provider berkenaan dan inform saya semula.
Assalamualaikum....

Maaf... sy sudah tidak dapat membuka meja di sini dah...

→ plaza lurah semantan, temerloh

Tetapi tidak bermakna saya tidak dapat dicari. Masih boleh cari saya untuk topup @ simkad onexox....

Telefon @ wassap @ telegram sy di 012 9548 634

Senarai Perkhidmatan

01) ICT
02) Pets
03) Telco

JOM JIMAT!!! MODAL HANYA RM10 SHJ!

JOM JIMAT!!! MODAL HANYA RM10 SHJ!
jimat, onexox, cuba dulu, tak rugi pun

JIMAT DGN MODAL SERENDAH RM10!!!

Thursday, April 21, 2011

[bicara] Ekspo Keusahawanan MARA 2011

Alhamdulillah, jika dengan izinNya, saya akan membuka satu booth di sana nanti. Berkongsi dengan rakan-rakan niaga lain. Ni baru first time saya try berniaga kt karnival ^_^ Moga-moga akan berjaya jua akhirnya, walaupun pada awal persiapan berbagai-bagai halangan yang terpaksa ditempuhi
Pengalaman yang sangat bermakna untuk saya....

Friday, April 15, 2011

[ict] Bina Blog Peribadi Menggunakan Blogger

last update : 11/11/2012

Cemburu tak tengok blog saya? Siap ada gambar saya lagi :) Janganla cemburu. Boleh upah saya untuk setup blog tu. Dengan hanya bayaran RM30.00, anda akan dapat 1 blog yang siap, tinggal isikan post sahaja. Apa yang akan anda dapat :-
  1. Template - boleh cari sendiri @ saya carikan. Anda hanya perlu beritahu saya ciri-ciri template yang anda nak. Nak lagi cepat, elok anda cari sendiri. Saya boleh tunjukkan di mana anda boleh cari :)
  2. Tukar header sendiri - anda akan diberi peluang untuk tukar header macam yang saya buat tu. boleh letak gambar sendiri, design sendiri. Hanya sediakan gambar-gambar yang diperlukan dan fikirkan bagaimana anda nak header tu. Atau pun, saya boleh rekakan header untuk anda, dan anda boleh minta baiki header tersebut
  3.  Islamic widget- asma ul husna (atas permintaan shj)
  4. Islamic widget- assalamualaikum (atas permintaan shj)
  5. Islamic widget- bismillah (atas permintaan shj)
  6. Islamic widget- kalender (atas permintaan shj)
  7. Islamic widget- jam (atas permintaan shj)
    Ada lagi features2 yang akan saya sediakan untuk anda. Nanti saya update lagi ^_^V


    [bicara] Coklat Untuk Karnival

    Semalam semasa rehat tengahari, saya dan Kak Rin pergi kedai kek beli barang. Belilah sikit coklat and barang-barang untuk buat coklat. Siap amik acuan lolipop lagi. 
    Malamnya, sebelum mula projek, saya kemaskan and mop dapur dulu. Kucing-kucing saya pun habis kene kurung :P 

    persiapan awal
    Sebelum mula, siapkan semua peralatan dulu. Habis semua barang perlu dibasuh dahulu. lama jgak tidak buat coklat :)
    hasil yang tidak seberapa
    Ini hasilnya. Tapi tidak berapa kreatif. Nampaknya perlukan banyak latihan lagi.......

    * Nanti, saya akan tunjukkan macam mana saya buat coklat2 tu...

    Wednesday, April 13, 2011

    [bicara] Ekspo Keusahawanan MARA

    EKSPO KEUSAHAWANAN MARA DAERA TEMERLOH
    TEMERLOH

    Taikh : 23 April 2011 - 28 April 2011 (8 pagi - 10 malam)
    Lokasi : Perkaragan Arked Mara Daerah Temerloh
    Yuran : RM 260.00 sahaja

    TERBUKA KEPADA SEMUA USAHAWAN-USAHAWAN BUMIPUTERA

    • Sekiranya berminat dapatkan borang penyertaan di Pejabat MARA Daerah Temerloh. Tarikh tutup borang penyertaan adalah pada 19 April 2011
    • Sebanyak 20 booth disediakan untuk para usahawan
    • Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang kan berlangsung sepanjang ekspo berlangsung antaranya persembahan kebudayan dan banyak lagi....
    • Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Pejabat MARA Daerah Temerloh di talian 09-2961326
    DAFTAR SEGERA...!!!
    'KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN'

    PERATURAN & SYARAT PENYERTAAN EKSPO KEUSAHAWANAN MARA DAERAH TEMERLOH 2011 ANJURARAN PEJABAT MARA DAERAH TEMERLOH
    1. Semua usahawan yang menyertai program Ekspo Keusahawanan Daerah Temerloh 2011 dikehendaki mengemukakan profil syarikat dan mengisi borang penyertaan bagi tujuan rekod
    2. Setiap usahawan dikenakan bayaran RM260.00 sebagai bayaran pendaftaran
    3. Pembatalan penyertaan hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya lima (5) hari bekerja (sebelum tarikh Ekspo Keusahawanan). Sekiranya gagal berbuat demikian, bayaran penyertaan tidak akan dikembalikan
    4. Peralatan/ bahan pmeran/ jualan untuk dibawa ke booth hendaklah dilakukan pada 22 April 2011 mulai jam 8 pagi hingga 10 malam
    5. Waktu operasi adalah dari jam 8 pagi hingga 10 malam. Peserta tidak dibenarkan mengemas barang sebelum waktu yang dibenarkan untuk menutup perniagaan pada hari berkenaan
    6. Ruang niaga hendaklah dikemaskan antara jam 7 pagi hingga 9 pagi sebelum memulakan perniagaan.
    7. Usahawan hendaklah memastikan ruang niaga sentiasa ada petugas, tidak dibenarkan sama sekali ruang niaga dibiarkan kosong
    8. Tiap-tiap booth akan dilengkapi dengan sebuah meja beserta empat buah kerusi
    9. Ruang niaga / booth yang diperuntukkan semasa pendaftaran tidak boleh diubah/ pindah tanpa merujuk kepada pihak Urustia
    10. Usahawan digalakkan menghias ruang niaga berdasarkan kreativiti masing-masing. Bunting, banner, poster, risalah dan catalog dibenarkan untuk tujuan promosi. Peserta tidak dibenarkan membuat apa-apa kerja yang boleh mencacatkan fizikal booth yang telah diperuntukkan
    11. Keselamatan barangan adalah tanggungjawab sendiri. Pihak MARA tidak beretanggungjawab di atas sebarang kehilangan, kerosakan dan kecurian ke atas produk atau peralatan usahawan di sepanjang program ini dijalankan
    12. Usahawan hendaklah memastikkan booth/ kawasan perniagaan sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas sepanjang program ini

    Thursday, April 7, 2011

    [ict] Housekeeping PC

    Mencuci bahagian dalam PC. Semua habuk yang ada di dalam PC, kipas prosessor akan dihapuskan.

    * Percuma : Pengisian semula heatsink di atas processor untuk mengurangkan kepanasan processor tersebut

    Bayaran : RM 10.00 per PC  (Penghantaran sendiri ke lokasi yang ditetapkan)
    Bayaran : RM 25.00 per PC (Ambil dan hantar PC ke rumah, lokasi berdekatan)

    update : 12/7/2017

    Wednesday, April 6, 2011

    Terma & Syarat

    Untuk pembelian JUBAH

    Terma & Syarat:
    1- Warna & Saiz
    a) Mungkin terdapat perbezaan sedikit dari segi warna produk oleh disebabkan faktor setting kamera dan komputer monitor.
    b) Sila rujuk ukuran saiz terperinci sebelum membeli.

    2- Returns & Exchange Policy
    a) Kami tidak menerima penukaran sama sekali (melainkan jika terdapat kerosakan). Sila rujuk ukuran saiz terperinci yang dipaparkan untuk setiap produk sebelum membeli.
    b) Perlu kami tegaskan bahawa kami tidak menerima pertukaran atas faktor "salah saiz."

    3- Kos Penghantaran (guna poslaju)
    a) Semenanjung
    1-3 helai = RM9
    4-5 helai = RM146-8 helai = RM23
    9-11 helai = RM27
    12 helai ke atas = RM2.80 utk setiap jubah tambahan

    b) Sabah/Sarawak
    1-3 helai = RM12
    4-5 helai = RM236-8 helai = RM45
    9-11 helai = RM52
    12 helai ke atas = RM4.90 utk setiap jubah tambahan


    update : 30/10/2012

    Langganan Kraft

    Jika anda ingin order craft, sila berikan maklumat berikut dengan lengkap. Copy sahaja isi dibawah, pastekan pada word @ notepad, dan emailkan kepada saya.

    Nama :
    Alamat :
    * Pastikan alamat yang diberi adalah lengkap beserta poskod dan negeri untuk memudahkan pengiraan harga pos. trima kasih...
    No. Telefon :
    Order + Kuantiti :
    Bentuk :
    * Bentuk @ design kraft yang anda inginkan.

    * Penghantaran order hanya dibuat menggunakan pos laju.
    * Segala Pertanyaan & order akan dijawab dengan kadar yang segera.


    Senarai Perkhidmatan Telco


    Berikut adalah maklumat servis TELCO yang saya sediakan :-

    Senarai Perkhidmatan ICT

    Berikut adalah beberapa servis yang saya sediakan untuk ICT :-
    1. Bina blog perniagaan menggunakan Blogger 
    2. Bina blog peribadi menggunakan Blogger
    3. Housekeeping PC & Notebook
    4. Menaip dokumen
    last update : 13/09/2011

      Senarai Perkhidmatan untuk Pets

      Berikut adalah beberapa servis yang saya sediakan untuk Pets:-

      01) Asrama Kucing
      02) Teksi Kucing


      last update : 03/09/2014