Welcome

Blog ini diwujudkan sebagai kedai maya saya. Ada pelbagai produk dan servis akan disediakan. Sila lihat lain-lain post ya (^_^)V
Sambil2 tu, saya nak menulis cerita2 sikit, dan tutorial juga. Di kesempatan yang ada nanti, saya akan post cerita2 pasal masakan dan kraf saya

no. pendaftaran : CT0031715-T

my email : 9w2whi@gmail.com
fb: Wawa-Shoppe
alamat perniagaan : Taman Jaya 3, 28000 Temerloh, Pahang
call @ wassap : 012-954 8634

p/s: jika ada kerosakan pada bungkusan anda (koyak @ terbuka) sewaktu penerimaan barang, tolong jangan terima bungkusan berkenaan dan ambil gambar segera sebagai bukti. Tidak kira service apa yang diguna, sila pulangkan kembali kepada service provider berkenaan dan inform saya semula.
Assalamualaikum....

Maaf... sy sudah tidak dapat membuka meja di sini dah...

→ plaza lurah semantan, temerloh

Tetapi tidak bermakna saya tidak dapat dicari. Masih boleh cari saya untuk topup @ simkad onexox....

Telefon @ wassap @ telegram sy di 012 9548 634

Senarai Perkhidmatan

01) ICT
02) Pets
03) Telco

JOM JIMAT!!! MODAL HANYA RM10 SHJ!

JOM JIMAT!!! MODAL HANYA RM10 SHJ!
jimat, onexox, cuba dulu, tak rugi pun

JIMAT DGN MODAL SERENDAH RM10!!!

Thursday, September 25, 2014

[bicara] Vaksin kali ke-2 for Mimi & Shiro

Assalamualaikum & salam sejahtera

Alhamdulillah.... dah selesai vaksin kali ke-2 untuk Mimi & Shiro. Tinggal sekali shj lagi sblm boleh yearly vaksin. Lepas ni planning utk pemandulan pula. Info terbarau dapat, di Klinik Vet Bera ada buat. Kene surveyla lepas ni.

Sesiapa yang terlepas peluang utk menggunakan perkhidmatan teksi saya, jangan risau. bulan Oktober ni saya open lagi. Tarikh akan diberitahu kemudian...

Monday, May 12, 2014

[info] Masalah Litter Box

fb : Kucing terbiar & anjing jalanan

Harini nak menceritakan perihal masalah litterbox yang mungkin dialami.

Ada litter box, tapi kucing 'membuang' di luar litter box? Mungkin tips-tips di bawah boleh membantu.

1. Kucing sukakan litter box yang luas, dan bersih. Jadi sediakan litter box yang besar. Jika ada kitten, pastikan litter box tu tak terlalu tinggi jadi mudah utk dia panjat masuk

- Litter box yang kecik mungkin menyebabkan ketidak selesaan pada kucing jadi kadang2 tu sebab dia membuang di tempat lain. Sama jugaklah dengan kebersihan litter box tu. Kena bersihkan.

- Bayangkan nak kencing ke berak kat toilet yang tidak diflush? tak suka kan?

2. Jika ingin menukar jenis litter yang digunakan, tukarkan secara step by step. Jika ingin tukar dari pasir ke wood pellet, mulakan dgn tambahkan sedikit wood pellet ke dalam sand litter sehinggalah ia ditukar sepenuhnya kepada wood pellet.

- Masa yang diperlukan mungkin dari 2-7 hari

3. Pernah tak terjadi, tidur dengan kitten dan dapati kitten tu kencing di hujung tilam? Jika pernah, jangan marah kitten tu. Kitten biasanya masih belum mampu mengawal masa nak kencing ke tahan ke.

- Jadi mungkin boleh cuba utk try bangun sebelum kitten tu bangun utk kencing, puji2 dia dan bawak dia ke litter tray, then bawak semula ke tempat tidur. Setiap malam, extend masa sebelum bawak ke litter dalam 10-15 minit ke, lama kelamaan dia akan mampu tahan kencing utk sepanjang malam.

* tapi tips ni tak sesuai utk tuan yang tidor mati ye.

Sunday, May 11, 2014

[jahit] Simple Alas Kaki

last update : 12/5/2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Tentu anda ada kain-kain tuala lama atau selimut lama yang sudah tidak dapat digunakan lagi. Jangan dibuang tuala dan selimut itu. Anda boleh recycle dan gunakannya sebagai alas kaki. Cuma perlu jahit keliling sahaja. So Simple & Easy.

Upah saya untuk tukarkan tuala dan selimut lama kepada alas kaki yang selesa untuk digunakan di rumah anda. Caj yang dikenakan adalah serendah

RM8.00 per helai

Elakkan pencemaran dan pembaziran dengan mengkitar semula barang yang boleh dikitar semula. Best kan... ^_^

Monday, February 10, 2014

[kitchen & appliances] Electric Choco Melting Pot

PRE ORDER

CARA PEMBAYARAN
-----------------------------

- cara 1 -
Bayaran Penuh
-> RM70.00 SM
-> RM75.00 SS

- cara 2 -
Ansuran 2 kali bayaran
-> RM75.00 SM (RM40 + RM35)
-> RM80.00 SS (RM40 + RM40)

- cara 3 -
Ansuran 3 kali bayaran
-> RM80.00 SM (RM30 + RM25 + RM25)
-> RM85.00 SS (RM35 + RM25 + RM25)

** FREE POSTAGE


--------------------------
MAKLUMAT PRODUK
--------------------------
~ sesuai untuk semua jenis coklat
~ ideal untuk golongan professional atau sekadar hobi
~ mencairkan coklat tanpa menggunakan air
~ disertakan bersama acuan (mould) plastik dalam beberapa bentuk
~ resepi menarik disertakan bersama
~ sangat mudah digunakan. Anak-anak pasti seronok. Hanya panaskan dan masukkan coklat, coklat akan cair



-------------------------------
KANDUNGAN PRODUK
-------------------------------

~ 1 x Electric Chocolate Melting Pot
~ 1 x Spatula
~ 6 x Moulds(Hearts, Bears, Squares, Coffee beans, Stars, Christmas trees)
~ 1 x Large Heart shaped mold
~ 10 x Plastic skewers for chocolate fondue
~ 10 x Plastic forks for fruit
~ 1 x Spiral fork for truffle dipping
~ 1 x Flat chocolate making fork for handling square chocolates

---------------------------
Cara Pembelian?
---------------------------

Kira jumlah tempahan anda, dan buat pembayaran kepada :

Maybank
Wahidah Samsudin
156011838135

Setelah pembayaran dibuat, sila email kepada saya. Sila lampirkan bersama slip pembayaran.

Email kepada : 9w2whi@gmail.com dgn tajuk order Choco Melting Pot

1) Nama : *Huruf Besar*
2) Alamat: *Huruf Besar*
3) No. Telefon :
4) Kuantiti Tempahan :
5) Cara Bayaran : Cara 1 / 2 / 3
6) Jumlah Bayaran : RM

7) Baki :
8) Tarikh Transaksi :
9) Masa Transaksi :
10) Bank yg Digunakan :

Other Terms & Conditions:
----------------------------------
Warranty 7 days from the date you receive the goods

** Penghantaran tempahan akan dibuat pada hari ISNIN

Wednesday, February 5, 2014

[info] 4 Perkara Sebelum Memandulkan Kucing

sumber : honeyvets


Bismillah.

***************************************************************************************

4 Perkara Yang Mesti Diingat Sebelum Memandulkan Kucing.
Perkataan lain bagi mandul ialah kasi.
Beberapa aspek penting sebelum memandulkan kucing ini kami tekankan agar, pemilik kucing tidak mengalami 'kerugian' besar.

Kerugian ini bermaksud, kucing mati selepas pembedahan pemandulan akibat tidak mengambil langkah berjaga-jaga, atau dengan kata lain pencegahan.

=======
K.A.S.I
=======

4 perkara tersebut ialah;

K --> Kutu

Memastikan kucing adalah bebas kutu sebelum pemandulan adalah sangat penting bagi mengurangkan risiko kematian selepas pembedahan. Kutu yang mahu diberikan perhatian di sini ialah pinjal atau fleas.

Serangga penghisap darah ini bukan sahaja menjadikan kucing 'kekeringan' darah, malah berisiko mendapat jangkitan lain seperti kuman parasit darah, virus bahaya dan cacing pita.

Ketiga-tiga penyakit bawaan kutu di atas boleh mengurangkan lagi darah kucing di mana kuman parasit darah menyebabkan pecahnya sel darah merah, virus bahaya seperti Leukemia virus mengganggu fungsi normal buah pinggang dan cacing pita juga menghisap darah.

A --> Antibodi

Seperti ibu mengandung yang diwajibkan mengambil vaksin tetanus untuk mencegah penyakit kancing gigi selepas bersalin, kucing yang ingin dimandulkan wajib divaksinkan untuk mengelakkan penyakit berbahaya selepas pemandulan.

Paling tidak pun kucing divaksinkan dengan vaksin core, 4 dalam 1 secara lengkap mengikut umur dan rejim produk vaksin tersebut sekurang-kurangnya 10 hari sebelum dimandulkan. Paling elok ialah 14 hari sebelum prosedur.

Vaksin memerlukan masa untuk menghasilkan antibodi yang mencukupi. Maka, pada hari ke-10 selepas vaksinasi, badan kucing sudah mula mempunyai antibodi yang cukup bagi melawan jangkitan akan datang.

S --> Sihat

Kucing yang ingin dimandulkan mestilah sihat tubuh badan serta mempunyai berat badan dan kondisi badan yang optimum.

Dengan kata lain, kucing tersebut hendaklah bebas selsema, tiada cirit birit teruk, tidak mengalami masalah pernafasan, bebas sakit mata, juga makan dan aktif seperti biasa.

Kucing yang sihat bermakna ia kucing yang kurang stres. Kucing yang kurang stres mempunyai risiko lebih rendah untuk mendapat jangkit selepas pembedahan juga survivalitinya lebih tinggi.

I --> Ingin

Secara puratanya, kucing mempunyai keinginan mengawan apabila menjangkau umur 6 bulan.
seeloknya kucing dimandulkan sebelum mencapai umur 6 bulan atau sebelum mempunyai keinginan mengawan buat pertama kalinya.

Menurut kajian, kucing betina yang dimandulkan sebelum pertama kali biang mempunyai risiko rendah untuk menghidap kanser kelenjar susu, jangkitan rahim dn kanser rahim.

Memandulkan kucing jantan sebelum pertama kali biang pula, akan mengurangkan risiko mereka daripada mempunyai tabiat kencing merata-rata untuk menanda teritori. Peluang untuk menghilangkan tabiat ini hanya 50% jika memandulkan kucing jantan yang sudah dewasa.

==============
Kesimpulan
==============

Semua pembedahan mempunyai risiko. Apa yang penting adalah mengurangkan risiko tersebut agar peluang survival kucing meningkat.

4 perkara di atas akan meningkatkan peluang survival kucing semasa dan selepas pembedahan.

Kami telah beberapa kali berjumpa kes kematian kucing selepas pembedahan akibat jangkitan virus seperti Panleucopeniavirus yang langkah pecegahannya cukup mudah. Hanya vaksinkan, imunisasikan atau beri pelalian.

******************************************************************************************

In shaa Allah. Sampai di sini sahaja nukilan kami kali ini.

Berjumpa kita lagi di masa akan datang untuk topik seterusnya yang juga agak penting mengenai penjagaan kucing 'dalam pantang'.

Wallahua'lam. Wassalam.



Tuesday, October 8, 2013

[jahit] Potong Kaki Seluar

Assalamualaikum semua...

Pernah mengalami masalah kaki seluar @ jubah baru terlalu pangjang? Dah panjang, nanti meleret bila berjalan kan. Tentu rasa tak selesa bila lipatan selalu jer terburai semula. Jangan risau, saya boleh tolong selesaikan masalah anda... Saya ada mengambil upah untuk memotong kaki seluar @ jubah

RM8.00 per helai

Boleh hubungi saya jika memerlukan perkhidmatan ini yer... 

Customer 

1) Lina Farmasi HoSHAS
2) Lina Farmasi HoSHAS

Tuesday, July 23, 2013

[bicara] Order Pet Grass Julai 2013

Alhamdulillah... selamat sudah pos order dari customer beli pet grass. Terima kasih kerana percayakan saya.

PN. NOOR SHIDAH BINTI ABDUL RAZAT
KEPONG
Cust ID : WS004

Tracking no : EF 01 872 2715MY

Jika ada masalah, puan boleh berhubung semula dengan saya. terima kasih sekali lagi...