Bismillah.
***************************************************************************************
4 Perkara Yang Mesti Diingat Sebelum Memandulkan Kucing.
Perkataan lain bagi mandul ialah kasi.
Beberapa aspek penting sebelum memandulkan kucing ini kami tekankan agar, pemilik kucing tidak mengalami 'kerugian' besar.
Kerugian ini
bermaksud, kucing mati selepas pembedahan pemandulan akibat tidak
mengambil langkah berjaga-jaga, atau dengan kata lain pencegahan.
=======
K.A.S.I
=======
4 perkara tersebut ialah;
K --> Kutu
Memastikan kucing adalah bebas kutu sebelum pemandulan adalah
sangat penting bagi mengurangkan risiko kematian selepas pembedahan.
Kutu yang mahu diberikan perhatian di sini ialah pinjal atau fleas.
Serangga
penghisap darah ini bukan sahaja menjadikan kucing 'kekeringan' darah,
malah berisiko mendapat jangkitan lain seperti kuman parasit darah,
virus bahaya dan cacing pita.
Ketiga-tiga
penyakit bawaan kutu di atas boleh mengurangkan lagi darah kucing di
mana kuman parasit darah menyebabkan pecahnya sel darah merah, virus
bahaya seperti Leukemia virus mengganggu fungsi normal buah pinggang dan
cacing pita juga menghisap darah.
A --> Antibodi
Seperti ibu
mengandung yang diwajibkan mengambil vaksin tetanus untuk mencegah
penyakit kancing gigi selepas bersalin, kucing yang ingin dimandulkan
wajib divaksinkan untuk mengelakkan penyakit berbahaya selepas
pemandulan.
Paling tidak pun kucing divaksinkan dengan vaksin core, 4
dalam 1 secara lengkap mengikut umur dan rejim produk vaksin tersebut
sekurang-kurangnya 10 hari sebelum dimandulkan. Paling elok ialah 14
hari sebelum prosedur.
Vaksin
memerlukan masa untuk menghasilkan antibodi yang mencukupi. Maka, pada
hari ke-10 selepas vaksinasi, badan kucing sudah mula mempunyai antibodi
yang cukup bagi melawan jangkitan akan datang.
S --> Sihat
Kucing yang ingin dimandulkan mestilah sihat tubuh badan serta mempunyai berat badan dan kondisi badan yang optimum.
Dengan kata
lain, kucing tersebut hendaklah bebas selsema, tiada cirit birit teruk,
tidak mengalami masalah pernafasan, bebas sakit mata, juga makan dan
aktif seperti biasa.
Kucing yang
sihat bermakna ia kucing yang kurang stres. Kucing yang kurang stres
mempunyai risiko lebih rendah untuk mendapat jangkit selepas pembedahan
juga survivalitinya lebih tinggi.
I --> Ingin
Secara puratanya, kucing mempunyai keinginan mengawan apabila menjangkau umur 6 bulan.
seeloknya kucing dimandulkan sebelum mencapai umur 6 bulan atau sebelum mempunyai keinginan mengawan buat pertama kalinya.
Menurut kajian,
kucing betina yang dimandulkan sebelum pertama kali biang mempunyai
risiko rendah untuk menghidap kanser kelenjar susu, jangkitan rahim dn
kanser rahim.
Memandulkan
kucing jantan sebelum pertama kali biang pula, akan mengurangkan risiko
mereka daripada mempunyai tabiat kencing merata-rata untuk menanda
teritori. Peluang untuk menghilangkan tabiat ini hanya 50% jika
memandulkan kucing jantan yang sudah dewasa.
==============
Kesimpulan
==============
Semua pembedahan mempunyai risiko. Apa yang penting adalah mengurangkan risiko tersebut agar peluang survival kucing meningkat.
4 perkara di atas akan meningkatkan peluang survival kucing semasa dan selepas pembedahan.
Kami telah
beberapa kali berjumpa kes kematian kucing selepas pembedahan akibat
jangkitan virus seperti Panleucopeniavirus yang langkah pecegahannya
cukup mudah. Hanya vaksinkan, imunisasikan atau beri pelalian.
******************************************************************************************
In shaa Allah. Sampai di sini sahaja nukilan kami kali ini.
Berjumpa kita lagi di masa akan datang untuk topik seterusnya yang juga agak penting mengenai penjagaan kucing 'dalam pantang'.
Wallahua'lam. Wassalam.
No comments:
Post a Comment