Kucing makan rumput untuk mengawal hairball atau gumpalan bulu.
Memang sifat semulajadi kucing akan mencari rumput untuk membuang hairball
dalam perut. Kalau tak buang, boleh menyebabkan kucing kurus, hilang selera makan dan etc.
Gumpalan tersebut boleh
tersumbat di dalam usus dan juga kolon jika tidak dirawat dengan segera.
Kucing akan makan rumput, dan akan memuntahkannya semula
bersama gumpalan bulu / hairball. Dengan memuntahkan hairball, perut
kucing anda akan lebih selesa.
Oleh kerana sesetengah pembela
kucing hanya bela kucing dalam rumah, jadi sesetengah pembela kucing tak
tahu yang kucing sebenarnya memerlukan rumput. Sebab itu kadang-kadang
kucing di luar rumah lagi ceria dari kucing di dalam rumah!
Kalau kucing anda makan sesuatu yang bukan makanan ruji, seperti kertas,
sayur, plastik, bunga plastik, itu sebenarnya adalah simptom kucing
anda terdesak untuk keluarkan hairball tersebut. Awas kerana barangan
tersebut mungkin membuatkan kucing anda tercekik atau keadaan menjadi
lebih teruk.
TETAPI, jika anda secara tiba-tiba hendak dapatkan rumput
untuk kucing anda, berhati-hati dengan rumput di luar rumah, kerana
mungkin telah diracun dengan racun rumpai ataupun mempunyai fungus/kulat
yang mungkin menjangkiti kucing anda.
No comments:
Post a Comment