Kali ini, saya ingin berkongsi tips kepada pengguna baru, lama pun boleh jugak baca kalau nak tahu. Ada sahabat yang meminta saya mengajarnya menaip. Jadi, sambil2 mencari nota, saya kongsikan maklumat yang saya jumpa untuk bacaan semua. Ini tips kalau kita ingin belajar menaip tanpa melihat keyboard. Bunyi macam susah ker? Takla.... Kalau sudah lama berlatih, pandaila....
Tips ini sekadar panduan. Jom kita tengok apa tipsya... :-
1) Apabila belajar menaip, jangan tengok keyboard. Jeling pun tak boleh. Tengok pada skrin saja tau...
2) Cari kedudukan permulaan tanpa melihat keyboard- rasa dengan jari dan mati hati :)
3) Mulakan berlatih menaip huruf tanpa mengeja perkataan. Bila kedudukan jari sudah semakin selesa, bolehlah mula berlatih menaip perkataan
4) Periksa kelajuan anda menaip. Ada banyak program yang boleh digunakan sebenarnya. Nanti bila saya jumpa, saya kongsikan dengan semua ya...
Ini dulu tips yang ingin saya kongsikan. Bila ada lagi, saya update semula yer.
Hingga jumpa di lain masa lagi
wassalam...
No comments:
Post a Comment